04.01.2016, 6.14 am
Hari ke 65 cuti bersalin.....
Alhamdulillah syukur atas rahmat Allah yang memberi rezeki kehidupan kepadaku...aku cuma mempunyai kesempatan beberapa minit untuk ku coretkan di sini buat tatapanku serta anak-anakku..
Tahun 2015 berlalu pergi..apa yang telah ku capai dan apa yang belum....peristiwa sedih yang menyelubungi aku pada tahun 2015 adalah kehilangan ibu mertua tersayang, Wan Roha..semoga ibu tenang di sana...
Tahun 2015 juga memberikan aku sinar baru..alhamdulillah Allah...1.11.2015..pukul 11.00 pagi aku dimasukkan ke wad di Dewan Bersalin Muslimah Permatang Pauh setelah bukaan telah pun buka sebanyak 3cm. Masa hari itu, Dr Hanita yang memeriksa aku. Tengahari, mak bawakkan nasi kandar Subaidah. Selepas itu, heart beat baby diperiksa. alhamdulillah normal. Selepas itu aku diberikan ubat induce untuk paksa bersalin dalam pukul 3pm. Beberapa minit selepas itu, nurse datang suruh makan ubat berak.
Memandangkan ubat induce tu tak masuk betul...senang cerita tak menitik elok..so lambatla aku rasa contractionnya...Aku sempat solat asar..Pukul 4pm Dr Hanita pecahkan air ketuban. Pukul 5.30pm still bukaan 3cm.
Masuk pukul 7.00 pm contraction dah mula rasa setiap 30 minit..masuk pukul 7.45pm sudah makin kerap iaitu setiap 5 minit....uh..aku dah tak tahan...pukul 8.15pm nurse merangkap bidan seluk dah 6cm. aku bagitau nurse aku dah tak tahan.. nak meneran je,
Stressnya aku, Dr Hanita mempercepatkan kelajuan ubat induce ..lagila aku tak tahan..nurse bising suruh tahan otherwise kepala baby berkedut-kedut...