Tuesday, 23 December 2014

Rumah Lelong

24.12.2014 9.21pg

Assalamualaikum warahmatulliwabarakatuh..

Teruja hari ini untuk menulis sesuatu di blog ini.....perkara menulis blog adalah impian sedari 3 tahun lepas..tapi mungkin sebelum ini saya menggunakan wordpress..dan saya juga mempunyai masa yang 'amat banyak' untuk membelek wordpress. Hari ini saya memulakan penulisan ini menggunakan blogspot....nampaknya lagi mudah..ntah..hopefully...


ok...hari ini saya nak share dengan u alls kaedah untuk membeli rumah lelong yang saya jumpa di blog ini: http://amransamsudin.com/my/tips-panduan-membeli-rumah-lelong.html. Berikut adalah copy and paste dari blog ini..semoga bermanfaat ye...

A. Sebelum Tarikh Lelong
  1. Dapatkan alamat rumah
  2. Pergi lihat sendiri rumah yang hendak dilelong.
  3. Anggarkan kos yg terlibat untuk baik pulih.
  4. Buat carian hak milik di pejabat tanah.
  5. Semak tunggakan bil maintenance, bil air, bil elektrik, indah water jika rumah tinggal.
  6. Dapatkan salinan surat pengisytiharan lelong oleh mahkamah daripada agen pelelong. (Segala syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan ada dalam surat tersebut).
  7. Sediakan bank draf 10% daripada harga rizab rumah. (Pastikan tiada kesalahan ejaan pada bank draf)
  8. Semak kelayakan pinjaman bank anda. (Jika mahu membuat pinjaman dari bank)

B. Semasa Lelongan
  1. Datang awal sebelum waktu lelongan.
  2. Bawa kad pengenalan asal
  3. Bawa bank draf
  4. Sediakan RM 100 untuk tujuan mati setem. (Jika menang)
  5. Letakkan HAD harga bidaan iaitu harga yang kita mampu. Jika melebihi had tersebut, tarik diri dari membida.
  6. Bawa duit lebih (tunai) untuk membayar beza 10% daripada harga belian.
Contoh:
* harga rezab: RM60,000
* bank draf: RM6,000
* harga rumah selepas menang lelong: RM68,000
* 10% x RM68,000 = RM 6,800
* Bayaran tambahan yang perlu dibayar tunai selepas menang lelong: RM6800 – RM6000 = RM800
C. Selepas lelongan
  1. Mohon pinjaman (jika tiada tunai)
  2. Lantik peguam (bayar tunai ataupun melalui pinjaman bank) untuk proses tukar hak milik. Bagi mengurangkan kos, lantik peguam yg sama untuk pinjaman perumahan dan urusan tukar hak milik.
  3. Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari.
  4. Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri.
  5. Selepas penukaran hak milik selesai, rumah telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan rumah tersebut ;)
Tips membeli rumah lelong:
  1. Cuba elakkan membeli rumah lelong yang ada penghuni asal. (Jika mahkamah lelong tiada masalah)
  2. Semasa tarikh lelongan, anda masih boleh tawar menawar dengan pembida lain sebelum waktu lelongan.
  3. Anda boleh baca mengenai maklumat rumah dan syarat-syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan di dalam surat pengisytiharan lelong.
  4. Pastikan harga rumah lelong di bawah nilai harga pasaran

Ketahui Rahsia Potensi Anak

24.12.2014-5.46 pagi

Personal Coaching dengan seorang klien, Puan Mariaty di Seri Iskandar Perak. Coaching dilakukan di rumah klien.

Sangat menarik sesi perkongsian bersama Puan Mariaty pada hari semalam 23.12.2014..sesi coaching pada pukul 1.00 petang. 

Blog ini ditulis bukan untuk menimbulkan riak atau kehebatan diri tetapi sekadar catatan kehidupanku untuk masa hadapan. Sekurang-kurangnya pada hari semalam bertambah amal baik untuk membantu anak-anak di luar sana sekaligus mendapat perkongsian hebat dengan ibu-ibu di luar sana.

Sesi coaching ini bermula dengan anak sulung Puan Mariaty iaitu, Naufal....berumur 10 tahun..beberapa hari lagi nak masuk tahun 4....dari riak wajahnya, body language serta tutur katanya sepertinya dididik dengan amat baik sekali oleh ibunya..MasyaAllah hebatnya ibu ini dalam hatiku berkata...




Tujuan coaching kali ini adalah untuk merungkaikan kaedah pembelajaran terbaik anak, apa yang menyebabkan mental block anak dan cara penyelesaian serta cita-cita dan kerjaya yang berpotensi untuknya di masa hadapan.

Alhamdulillah diberikan Allah idea, kelancaran percakapan, dan dimudahkan sesi coaching semalam. Ya Allah sesungguhnya ilmu-ilmu yang ada padaku datangnya daripadaMu Allah. Ya Allah berilah kepadaku kesempatan untuk aku berbakti kepada hamba-hambaMu sebelum Engkau menjemputku...
" Ya Allah, dengan kemahiran yang aku ada ini Ya Allah, aku ingin berkongsi ilmu Ya Allah..semoga dengan perkongsian ini menambah pahalaku untuk menghadapMu di akhirat kelak"..