Personal Coaching dengan seorang klien, Puan Mariaty di Seri Iskandar Perak. Coaching dilakukan di rumah klien.
Sangat menarik sesi perkongsian bersama Puan Mariaty pada hari semalam 23.12.2014..sesi coaching pada pukul 1.00 petang. 
Blog ini ditulis bukan untuk menimbulkan riak atau kehebatan diri tetapi sekadar catatan kehidupanku untuk masa hadapan. Sekurang-kurangnya pada hari semalam bertambah amal baik untuk membantu anak-anak di luar sana sekaligus mendapat perkongsian hebat dengan ibu-ibu di luar sana.
Sesi coaching ini bermula dengan anak sulung Puan Mariaty iaitu, Naufal....berumur 10 tahun..beberapa hari lagi nak masuk tahun 4....dari riak wajahnya, body language serta tutur katanya sepertinya dididik dengan amat baik sekali oleh ibunya..MasyaAllah hebatnya ibu ini dalam hatiku berkata...
Tujuan coaching kali ini adalah untuk merungkaikan kaedah pembelajaran terbaik anak, apa yang menyebabkan mental block anak dan cara penyelesaian serta cita-cita dan kerjaya yang berpotensi untuknya di masa hadapan.
Alhamdulillah diberikan Allah idea, kelancaran percakapan, dan dimudahkan sesi coaching semalam. Ya Allah sesungguhnya ilmu-ilmu yang ada padaku datangnya daripadaMu Allah. Ya Allah berilah kepadaku kesempatan untuk aku berbakti kepada hamba-hambaMu sebelum Engkau menjemputku...
" Ya Allah, dengan kemahiran yang aku ada ini Ya Allah, aku ingin berkongsi ilmu Ya Allah..semoga dengan perkongsian ini menambah pahalaku untuk menghadapMu di akhirat kelak"..
" Ya Allah, dengan kemahiran yang aku ada ini Ya Allah, aku ingin berkongsi ilmu Ya Allah..semoga dengan perkongsian ini menambah pahalaku untuk menghadapMu di akhirat kelak"..


 
No comments:
Post a Comment